Wow. Aku tidur seawal 8.00 pm semalam, supaya aku dapat tidur yang lebih dari cukup. Sebab utama aku tidur awal ialah filem ni.
Aku nak buat reviu yang ringkas dan padat tanpa dedahkan apa-apa plot; kecuali nak suluhkan fakta bahawa filem ni MEMANG filem pra-dan-pasca Facebook DAN pasal Mark Zuckerberg. Diarahkan oleh David Fincher (Se7en dan The Curious Case of Benjamin Button), The Social Network ni durasinya agak panjang, dan perjalanannya agak perlahan. Paling-paling 'aksi' yang korang dapat rasanya ialah percakapan dua hala antara setiap watak, yang aku rasa agak bagus penulisannya dan agak teratur strukturnya. Drama dalam filem ni memang terletak pada dialog, jadi korang memang kena fokus setiap masa.
Dah. Itu je kot. Dan aku rasa korang dah tahu macam mana aku dapat tengok filem ni lebih awal. Kalau korang rasa filem ni memerlukan pengalaman sinematik, jadi tunggulah rilisan Malaysianya nanti masa hampir penghujung bulan November. Untuk aku pulak, aku perlukan rehat yang cukup sebelum tengok balik filem ni; tapi bukan dekat pawagamlah, semestinya. Tak pasal-pasal nanti terlelap separuh jalan, dan itu akan membazirkan masa dan duit aku. Aku lebih sanggup tunggu Tron: Legacy.